fbpx

Cara mudah untuk tembus pasaran luar negara (bahagian 2)

Handshake after meeting discussion trading business

Setelah anda tahu cara mudah untuk tembus pasaran luar negara (bahagian 1) dan bersiap-sedia dengan online tools perniagaan anda di dalam bahasa Inggeris, anda sudah boleh mula mengumpul leads dan prospek pelanggan anda.

Harus dipastikan bahawa leads mestilah ada banyak.

Daripada mana anda hendak dapatkan leads?

Bagaimana bentuk perniagaan yang anda hendak jalankan?

Katakanlah anda seorang ada mengeluarkan produk untuk bayi dan kanak-kanak, dengan jenama anda sendiri. Produk anda pula sudah memenuhi tahap kualiti dan standard untuk pasaran negara yang anda sasarkan. Anda pula mahu mencari ejen, wakil jualan atau rakan niaga di negara tersebut.

Anda harus cari…

  • Laman web organisasi atau persatuan yang menghimpunkan perniagaan-perniagaan yang berkaitan barangan bayi dan kanak-kanak
  • Laman-laman web dan laman media sosial kedai-kedai barangan bayi dan kanak-kanak

Kumpulkan nama perniagaan, alamat email, alamat surat menyurat dan nombor telefon mereka.

Hantarkan email memperkenalkan perniagaan dan produk anda, kemudian terangkan bentuk kerjasama perniagaan yang anda mahu tawarkan. Lampirkan sekali dengan softcopy profil perniagaan, katalog dan gambar-gambar. Ini akan menarik minat mereka nanti.

Katakan daripada 50 leads yang anda hantarkan emel, mungkin 5 atau 10% yang memberikan respon menyatakan minat, itu sudah satu permulaan yang sangat baik. Teruskan menghubungi mereka melalui email atau susuli dengan panggilan telefon.

50 leads → 5 prospek. Ini sudah bagus!

 

Jika ada bajet…

Jika anda boleh adakan bajet marketing, anda boleh ‘terbang’ ke negara tersebut untuk bertemu dengan wakil syarikat yang membalas emel menyatakan minat terhadap produk anda itu.

Persediaan untuk business trip;

  • Aturkan temujanji dengan syarikat-syarikat yang berminat
  • Aturkan perjalanan trip anda (bajet, pengangkutan, penginapan dan sebagainya)
  • Sediakan sampel-sampel dan katalog-katalog yang perlu di bawa untuk perbincangan
  • Sediakan juga katalog-katalog dengan sampul surat.

Semasa bertemu dan berbincang dengan wakil syarikat, jelaskan sekali lagi tentang bentuk kerjasama perniagaan yang anda tawarkan. Tinggalkan untuk mereka sampel produk dan katalog.

Semasa anda berada di sana poskan juga katalog-katalog beserta surat pengenalan dan tawaran perniagaan kepada syarikat-syarikat yang belum menjawab emel anda. Besar kemungkinan emel yang anda hantar sebelum ini mereka tidak baca atau termasuk ke dalam spam. Dengan mengirimkan surat mengandungi katalog, ini membuktikan anda bersungguh-sungguh untuk menjalinkan kerjasama perniagaan.

 

Keep in touch dan sabar

Semasa sesi penerangan dan perbincangan bersama prospek, terangkan sejujur-jujurnya tentang perniagaan anda. Kalau anda tidak buat sendiri tetapi trading atau sub kepada pihak ketiga, jelaskan sahaja begitu. Prospek lebih sukakan rakan niaga yang jujur. Pada mereka, yang lebih penting produk yang mereka akan jualkan untuk anda di negara mereka itu nanti betul-betul bagus. Tidak kisahlah ia dibuat di mana. Asalkan harganya sesuai dan mereka pun boleh untung.

Setelah anda pulang nanti, keep in touch dengan mereka, teruskan berhubung dengan mereka melalui emel atau aplikasi Whatsapp, Wechat, dan sebagainya.

Teruskan memberi input tentang produk anda. Jangan sesekali kerap bertanya bila akan buat pesanan. Perlu sabar. Mungkin mereka pun sedang berusaha membuat pemasaran untuk produk anda di sana. Dalam masa yang sama, teruskan usaha menambah prospek. Lakukan juga perkara yang sama terhadap negara lain pula.

 

Sertai acara-acara perniagaan dan organisasi usahawan

Selain menjalankan usaha sendiri untuk mencari pasaran di luar negara, usahawan juga boleh mendapatkan bantuan daripada organisasi kerajaan atau swasta. Setiap tahun ada banyak acara perniagaan yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan dan swasta.

Matrade misalnya, membantu usahawan untuk membawa produk atau servis ke luar negara melalui program-program yang mereka jalankan. Selain menghadiri seminar atau pameran yang dijalankan oleh organisasi ini, usahawan boleh mendapatkan leads daripada direktori syarikat-syarikat di luar negara yang ada di dalam simpanan Matrade.

Kumpulkan leads dan prospek daripada direktori perniagaan, pameran-pameran dan seminar. Kemudian ulangi langkah yang telah dikongsikan daripada bahagian pertama dan bahagian kedua ini.

Tanpa putus asa menjalankan pemasaran dengan cara begini, lambat laun pesanan pasti akan masuk juga.

Semoga berjaya!

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *