fbpx

Pentingnya pengurusan masa dalam mencapai matlamat dan impian

kepentingan menguruskan masa

Setiap dari kita adalah individu yang unik dan berbeza antara satu sama lain. Kita berbeza dari perwatakan dan cara hidup dan  sebab itu kita mestilah mencari dan mengenalpasti sendiri apa yang terbaik untuk diri kita dengan cara kita sendiri.

Laluan ini bermula dengan asas-asas dalam pengurusan masa kita sendiri.  Asas pengurusan masa adalah menetapkan matlamat dan perancangan yang boleh dicapai.

Apabila menetapkan matlamat atau tujuan untuk diri sendiri, beberapa persoalan harus kita tanya kepada diri sendiri dan jawapannya juga daripada kita sendiri.

“Matlamat ini boleh dicapai ke?”

“Kalau boleh, boleh ke aku mencapai matlamat itu?”

“Apa yang harus dibuat supaya aku sampai ke matlamat itu dengan jayanya?”

Bertanya kepada diri anda sendiri dengan pertanyaan yang betul dan munasabah adalah satu elemen paling asas dalam membuat rutin pengurusan seharian yang sesuai untuk anda sendiri. Satu lagi elemen asas dalam pengurusan masa adalah meminta pertolongan dan nasihat; yang boleh membantu anda membawa kepada kejayaan.

Kita tak akan boleh tahu tentang segala-galanya, atau buat semua benda secara sendiri. Oleh itu kadang-kadang kita perlu juga minta pertolongan daripada orang lain. Apabila anda bertanya kepada orang lain, anda secara tidak lansung telah memberitahu orang itu bahawa anda sekarang sedang memerlukan pertolongan, penyelesaian terhadap sesuatu masalah,  atau cuba untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan. Selain itu juga, dengan bertanyakan soalan pada diri anda sendiri mahupun orang lain, ini bermaksud anda bergantung pada keupayaan anda sendiri dan percaya pada orang lain.

Dalam pengurusan masa, cara terbaik untuk membolehkan anda mencapai sesuatu matlamat adalah dengan melakukannya dengan cara yang mudah dan ringkas. Cara paling mudah dan ringkas yang bersesuaian dengan diri anda, asalkan pelan perancangan anda sentiasa bergerak lancar dan berkesan sehingga  anda dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.

Apabila menetapkan matlamat, anda harus menganalisa diri anda dengan teliti, dan kenalpasti strategi mana yang paling efektif untuk anda supaya anda boleh mencapai matlamat tersebut. Perancangan yang anda buat haruslah yang logik dan munasabah dan yang penting tidaklah sampai merumitkan anda.

TETAPI… bak kata orang, manusia hanya mampu merancang, dan bukanlah kuasa kita untuk menentukannya. Oleh itu, tiada satu pun rancangan manusia yang boleh dikatakan ‘sempurna’. Sebab itu anda haruslah beringat, dalam setiap benda yang kita rancang nak buat, pasti akan ada kekangan dan halangan sepanjang kita menjalani dan melunaskannya. Keadaan boleh berubah kepada apa yang anda tak inginkan atau anda minta dijauhkan. Terapkan itu dalam minda anda supaya anda tidak kecewa dan tersasar jauh apabila timbul krisis nanti.

“Masa hidup kita terlalu singkat untuk dibazirkan pada perkara yang tidak diselesaikan” dan “masa itu emas”.

Mempelajari bagaimana menguruskan masa anda secara efektif akan membantu anda untuk mencapai matlamat dan impian anda. Segalanya dikawal oleh masa dan itu tak boleh disangkal lagi. Belajar bagaimana untuk menguruskan apa yang kita boleh kawal adalah yang cara terbaik untuk mencapai matlamat tanpa ada tekanan.

 

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *