fbpx

13 tip ini bantu anda buat resume terbaik yang majikan suka

Resume adalah “pandangan pertama” setiap majikan kepada anda. Dengan resume, anda “memasarkan” diri anda kepada pihak yang berkemungkinan menjadi majikan anda. Perkara penting yang perlu anda ingat ialah, tujuan utama resume dihantar adalah untuk mendapatkan temuduga, dan bukannya pekerjaan. Pendek kata, resume adalah langkah terawal dalam proses mendapatkan pekerjaan, diikuti dengan temuduga, dan proses-proses seterusnya jika ada.

Oleh itu, anda perlu menulis didalam resume anda hanya item-item penting yang membuatkan pihak majikan berasa mereka perlu untuk berjumpa dengan anda, iaitu dalam sesi temuduga. Susun kandungan resume anda dengan teratur, mudah dibaca, dan dapat dikenalpasti dengan mudah kaitan antara pengetahuan, pengalaman, dan skil-skil anda dengan bidang kerja yang anda mohon.

Kajian menunjukkan yang majikan hanya akan melihat, atau dengan perkataan yang lebih tepat – hanya mengimbas – resume anda dalam tempoh antara 14 ke 21 saat. Dalam tempoh yang amat terhad ini, maka amatlah penting bagi anda untuk menonjolkan dengan efisien betapa anda sangat layak untuk jawatan yang ditawarkan dan anda patut ditemuduga untuk jawatan tersebut.

KLIK SINI untuk bantuan

Berikut ialah beberapa tip menulis resume terbaik untuk anda:

  1. Sesuaikan resume mengikut bidang pekerjaan yang anda mohon. Anda mungkin perlu mengubah sedikit maklumat dalam resume supaya sesuai dengan jawatan tersebut.
  2. Letakkan maklumat yang paling relevan di bahagian atas 1/3 daripada resume.
  3. Masukkan maklumat dengan cara kronologi menurun (yang paling terbaru diletakkan diatas, diikuti dengan yang terkemudian).
  4. Konsisten dalam format dan kandungan.
  5. Jadikan resume anda mudah untuk dibaca.
  6. Gunakan font asas yang mudah dibaca seperti Arial atau Times New Roman dengan saiz 10 ke 12 point.
  7. Gunakan spacing, underline, italics, bold, dan huruf besar bagi menunjukkan PENEKANAN.
  8. Jarakkan setiap elemen dalam resume secukupnya.
  9. Seboleh-bolehnya hadkan resume anda dalam satu halaman muka surat saja.
  10. Gunakan kertas bersaiz A4 dengan tulisan berwarna hitam.
  11. Periksa resume anda berulang kali untuk mengesan jika ada apa-apa kesalahan.
  12. Sebaik-baiknya cetak resume anda menggunakan pencetak laser yang berkualiti
  13. Gunakan PDF apabila menghantar resume melalui e-mel untuk memelihara format resume anda

Untuk para graduan yang baru saja tamat pengajian atau yang masih belum tamat, sertakan maklumat tentang pengajian anda terlebih dahulu dalam resume. Masukkan maklumat berikut:

  1. Jenis kelulusan (sijil/diploma/ijazah/dan lain-lain)
  2. Pengkhususan pengajian
  3. GPA/CGPA
  4. Kepujian akademik
  5. Tarikh tamat pengajian atau jangkaan tamat pengajian

Boleh juga masukkan maklumat tentang projek-projek atau kerja-kerja kursus semasa pengajian yang berkaitan dengan objekftif kerjaya anda.

KLIK SINI untuk bantuan

Pengalaman

Senaraikan pengalaman yang berkaitan dengan pekerjaan yang anda mohon mengikut kronologi menurun. Pengalaman ini boleh termasuk kerja-kerja bergaji, latihan industri (internship), kerja sukarela, atau aktiviti ko-kurikulum. Masukkan nama organisasi, lokasi, tarikh bekerja, jawatan anda, dan huraian kerja secara ringkas. Huraian anda perlu menekankan pencapaian dan tanggungjawab yang anda jalankan.

Skil atau kemahiran

Senaraikan bahasa yang anda fasih dari segi pemahaman, percakapan, dan penulisan. Jika anda mahir menggunakan komputer atau kepakaran dalam peralatan-peralatan yang berkaitan, nyatakannya juga.

Minat atau hobi

Senaraikan apa-apa minat atau hobi yang mungkin boleh menambahkan ketramplian resume anda. Berikan penjelasan yang tepat tentang minat anda itu. Sebaik-baiknya anda nyatakan aktiviti berkumpulan yang berkaitan dengan minat tersebut. Sebagai contoh, jika minat adalah bermain bola sepak, menyatakan yang anda adalah “ahli persatuan bola sepak daerah anda” adalah lebih menyerlah berbanding menyatakan minat anda semata-mata.

Format resume

Ada beberapa jenis format resume yang selalu digunakan, dan yang terbaik bagi para graduan ialah dalam format kronologi menurun. Cara ini membantu pembaca resume supaya dapat mengenalpasti maklumat terkini tentang pemohon dengan lebih cepat.

Penggunaan bahasa dalam resume perlulah:

  • Bercirikan spesifik, bukannya umum.
  • Berorientasikan tindakan.
  • Berdasarkan fakta, kuantitatif atau kualitatif.
  • Penekanan pada skil, bukan pada kerja. Contoh; gunakan “memberikan maklumat kepada pelanggan melalui telefon” dan bukannya “menjawab telefon”.
  • Ayat yang jelas, padat, dan ringkas. Bukannya ayat berbunga-bunga.

Nak lebih tip buat resume terbaik?

Luangkan masa 15 minit dan dan tonton video di bawah ini.

 

KLIK SINI untuk bantuan

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *