Trip Sabah 4 hari ke Kota Kinabalu~Kundasang (Hari Kedua)

Baca catatan trip hari pertama.

Pagi kedua, cuaca agak baik dan cerah. Para pelancong dibawa ke pekan Kundasang untuk bersarapan pagi. Tiba di pekan Kundasang, wah! kelihatan tersergam pemandangan Gunung Kinabalu, cantik sekali. Semua pelancong teruja untuk bergambar dulu sebelum pergi bersarapan.

Dalam masa lebih kurang sejam, kami semua bersarapan di kedai-kedai makan di pekan ini, kemudian melihat-lihat ‘tamu’ ataupun pasar pagi. Di tamu warga sekitar kawasan Kundasang menjual makanan dan hasil-hasil pertanian mereka.

Lepas makan, sambung bergambar lagi. Peluang baik sebab dapat bergambar dengan Gunung Kinabalu yang sedang kelihatan.

Desa Dairy Farm, ladang lembu tenusu yang terkenal di negeri Sabah, juga menjadi tarikan pelancongan. Pemandangan di situ yang cantik dan suhu yang dingin, tak terasa pun seperti sedang berada di sebuah ladang lembu. Para pelancong boleh melihat ternakan lembu tenusu dengan lebih dekat dan berpeluang memberikan anak lembu makan dan minum. Ramai pelancong tak melepaskan peluang membeli produk susu segar di situ, termasuklah saya.

Dari ladang ternakan lembu tenusu, kami menuju ke Kampung Luanti Baru, Ranau pula, untuk ke Tagal Fish Spa Sungai Moroli. Tagal dalam bahasa Kadazan Duzun bermaksud ‘tidak boleh memancing atau menangkap ikan’. Ikan Pelian yang menjadi ‘tukang massage’ di sungai ini tidak dibenarkan untuk ditangkap demi menjaga ekosistem dan juga kepentingan untuk generasi masa depan.

Para pelancong termasuk saya tak melepaskan peluang merasai kaki kami ‘diurut’ oleh ikan-ikan ini. Masuk saja kaki ke dalam air, ikan-ikan mula datang ke kaki dan bergesel-gesel, ada yang mencium-cium kaki…. mula-mula memang rasa geli, tapi lama-lama baru rasa agak selesa. Sayangnya masa yang diberikan untuk berada di sungai tak lama, cuma 15 minit saja.

Kemudian kami ke Ladang Teh Sabah pula, masih lagi dalam daerah Ranau. Seperti mana ladang teh di Cameron Highlands, Pahang, di sini juga adalah tempat tarikan pelancong. Ladang Teh Sabah menggunakan cara organik, tanpa penggunaan racun serangga.

Para pelancong mengambil peluang berehat sambil minum teh di kafe yang ada di sini. Dengan pemandangan ladang yang terbentang luas dikelilingi oleh hutan semula jadi dan udara yang dingin, membuatkan rasa yang sangat tenang.

Destinasi akhir hari ini ialah Poring Hot Spring atau Kolam Air Panas Poring. Ramai penduduk tempatan dan ramai pelancong dari luar datang bersantai di sini, menikmati air panas semula jadi, mandi atau sekadar merendam kaki. Lanskap kawasan kolam air panas ini memang cantik, menjadikan ia sebuah taman yang memang patut dikunjungi.

Lewat petang, kami pulang semula ke pekan Kundasang untuk makan malam dan kemudiannya pulang ke hotel.

Jom lihat percutian hari pertama dan seterusnya…

Hari Pertama: Masjid Bandar Raya, Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, Pekan Nabalu dan BBQ di Hotel Zen Garden di Kundasang

Hari Ketiga: Kinabalu Park, Menara Yayasan Sabah, Masjid Negeri Sabah, Pasar-pasar di Kota Kinabalu, Todak Waterfront dan Night Seafood Market

Hari Keempat: Pulau Manukan dan sambung shopping lagi di pasar-pasar di Kota Kinabalu

Berminat dengan pakej pelancongan berkumpulan atau private ke negeri Sabah, Perth Australia, Tokyo dan Osaka Jepun, Kashmir dan lain-lain lagi?
Hubungi saya di nombor telefon atau Whatsapp +60166661300

Kami akan aturkan pakej dengan harga bajet tapi servis yang istimewa dan eksklusif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KAJI SELIDIK KESETIAAN KEPADA JENAMA PAKAIAN

 

Kupon Diskaun RM5.00 menanti anda.

Cuma jawab soalan-soalan mudah!

TERIMA KASIH KERANA SHARE! ;)

Ini kod kupon RM3 untuk anda.

TQSHRE20

Kod ini sah sehingga 30 Jun 2020.

Kod ini boleh digunakan bersama kod yang anda terima sebelum ini (jika ada).

Ke Kedai Konfiden