fbpx

Trip Sabah 4 hari ke Kota Kinabalu~Kundasang (Hari Keempat)

Baca apa yang kami dah lawat dan buat pada hari pertama, hari kedua, dan hari ketiga.

Pada hari keempat ini kami membawa para pelancong ke Pulau Manukan untuk berkelah, mandi-manda dan beraktiviti laut.

Selepas sarapan pagi, bas Pak Ibrahim menghantar kami ke Jeti Jesselton Point. Kami mengupah ejen yang akan menguruskan bot, tiket masuk ke pulau dan peralatan snorkling para pelancong. Sementara menunggu ejen datang, para pelancong mengambil kesempatan bergambar dan membeli topi.

Perjalanan ke pulau dengan bot mengambil masa kira-kira 10 minit.

Tiba di jeti Pulau Manukan, kami semua seolah-olah terpukau melihat keindahan pantai, air laut yang jernih hingga kelihatan dasarnya serta angin laut yang bertiup lembut. Cuaca juga tidak terlalu panas terik.

Semua pelancong menghabiskan masa mandi di pantai sambil bersnorkling, mereka semua seronok sambil berenang dan bermain air dapat melihat ikan dari dekat.

2 orang daripada pelancong kami, pasangan Haji Hafini dan Hajah Hafizah menempah pakej parasailing. Saya mengikuti bot parasailing mereka untuk mengambil gambar dan video.

Sekitar pukul 2.00 petang kami berkumpul semula di jeti untuk kembali ke bandar.

Petang itu aktiviti bebas. Ada yang mahu pulang ke tempat penginapan, ada juga yang mahu menyambung aktiviti shopping.

Saya sendiri senja itu berjalan-jalan di waterfront dan medan selera Anjung Senja, menikmati pemandangan dan makan malam.

Keesokan hari kami pulang ke semenanjung. Para pelancong semua pulang dengan kenangan indah berserta oleh-oleh yang banyak.

Jom lihat percutian hari sebelumnya…

Hari Pertama: Masjid Bandar Raya, Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, Pekan Nabalu dan BBQ di Hotel Zen Garden di Kundasang

Hari Kedua: Pekan Kundasang, Desa Dairy Farm, Tagal Fish Spa, Ladang Teh Sabah dan Poring Hot Spring

Hari Ketiga: Kinabalu Park, Menara Yayasan Sabah, Masjid Negeri Sabah, Pasar-pasar di Kota Kinabalu, Todak Waterfront dan Night Seafood Market

Berminat dengan pakej pelancongan berkumpulan atau private ke negeri Sabah, Perth Australia, Tokyo dan Osaka Jepun, Kashmir dan lain-lain lagi?
Hubungi saya di nombor telefon atau Whatsapp +60166661300

Kami akan aturkan pakej dengan harga bajet tapi servis yang istimewa dan eksklusif.

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *