fbpx

Trip Sabah 4 hari ke Kota Kinabalu~Kundasang (Hari Ketiga)

Baca catatan perjalanan kami di Sabah hari pertama dan hari kedua.

Pada pagi hari ketiga ini kami check out hotel, bersarapan pagi di pekan Kundasang dan menuju ke Kinabalu Park.

Di Kinabalu Park, Pak Ibrahim memberikan penerangan tentang taman ini yang luasnya melebihi luas negara Singapura dan menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna.

Kami menawarkan kepada para pelancong kalau mereka mahu naik lebih atas lagi ke tempat permulaan pendakian Gunung Kinabalu, tetapi perlu menyewa van lain kerana bas tidak dapat melalui jalan ke sana.

Pada masa cuaca baik, kita akan berpeluang melihat pemandangan puncak Gunung Kinabalu, tetapi sayangnya awan tebal pada masa kami berada di sana.

Lebih kurang 40 minit berada di situ, kami pun turun semula ke bawah menaiki van, kemudian meneruskan perjalanan ke bandar raya Kota Kinabalu.

Sebelum tiba di pusat bandar, kami singgah sebentar di Menara Yayasan Sabah untuk bergambar. Di situ para pelancong bukan setakat bergambar kenang-kenangan, tetapi mereka menjadi begitu kuat boleh mengangkat menara.

Kemudian kami berhenti rehat dan solat di Masjid Negeri Sabah.

Selepas berehat dan solat, kami terus bergerak menuju ke pasar-pasar tumpuan pelancong, iaitu pasar makanan, pasar kraftangan dan pasar ikan kering.

Bagi yang masih larat berjalan kaki jauh, dari pasar-pasar tadi boleh jalan kaki ke depan lagi sampai ke Waterfront Seafood Night Market dan Todak Waterfront.

Di Waterfront Seafood Night Market saya enjoy habis-habisan makan seafood, memang tengah lapar sangat pun masa itu.

Menjelang senja, kami semua berkumpul semula di bas dan check-in di service apartment yang berhampiran. Malam itu semua pelancong berehat dan ada yang buat aktiviti sendiri.

Jom lihat percutian hari sebelumnya dan yang seterusnya…

Hari Pertama: Masjid Bandar Raya, Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, Pekan Nabalu dan BBQ di Hotel Zen Garden di Kundasang

Hari Kedua: Pekan Kundasang, Desa Dairy Farm, Tagal Fish Spa, Ladang Teh Sabah dan Poring Hot Spring

Hari Keempat: Pulau Manukan dan sambung shopping lagi di pasar-pasar di Kota Kinabalu

Berminat dengan pakej pelancongan berkumpulan atau private ke negeri Sabah, Perth Australia, Tokyo dan Osaka Jepun, Kashmir dan lain-lain lagi?
Hubungi saya di nombor telefon atau Whatsapp +60166661300

Kami akan aturkan pakej dengan harga bajet tapi servis yang istimewa dan eksklusif.

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *