fbpx

Trip Sabah 4 hari ke Kota Kinabalu~Kundasang (Hari Pertama)

 

Bermula bulan November 2019, saya menyertai team Aliana Kembara sebagai ‘tour leader’, mahu cuba buat kerja kedua selain buat kerja bisnes sendiri. Tugas saya yang pertama ialah membawa pelancong dari Ipoh, Perak ke negeri Sabah.

Di negeri Sabah para pelancong akan dibawa ke tempat-tempat menarik di sekitar bandar raya Kota Kinabalu, Tamparuli, Ranau dan Kundasang.

Perjalanan bermula awal pagi dari Kuala Lumpur International Airport, check in secara berkumpulan dan tiba di Kota Kinabalu Airport pada pukul 11.30 pagi. Di Kota Kinabalu Airport pemandu bas Pak Ibrahim sudah menunggu kami. Kami menggunakan kenderaan bas sebab bilangan pelancong yang ramai.

 

Destinasi pertama ialah Masjid Bandar Raya untuk solat zuhur dan makan tengah hari sambil melawat masjid yang cantik ini. Masjid ini dikenali juga dengan nama ‘masjid terapung’ kerana dikelilingi kolam air dan rupanya seperti berada di atas air.

Selesai solat dan makan tengah hari, pelancong terus dibawa ke Rumah Terbalik. Di situ pelancong puas bergambar dengan ‘kepelikan’ rumah yang terbalik, kereta terbalik dan semua barang-barang yang terbalik. Cuma di dalam rumah terbalik sahaja yang kami tidak dibenarkan mengambil gambar.

Pelancong di bawa ke Jambatan Tamparuli pula, destinasi ketiga kami. Jambatan Tamparuli adalah tarikan pelancongan di Sabah, ia menjadi mercu tanda bagi daerah Tuaran dan juga salah satu ikon negeri Sabah. Para pelancong disambut oleh kumpulan kebudayaan suku Dusun. Mereka memberikan penerangan tentang sejarah dan lagenda jambatan ini serta membuat persembahan muzik lagu Jambatan Tamparuli serta tarian suku Dusun.

Selesai lawatan Jambatan Tamparuli, perjalanan pun diteruskan ke arah Kundasang, mendaki jalan berbukit dan berliku-liku. Sebelum sampai di Pekan Kundasang, perjalanan berhenti rehat sebentar di Pekan Nabalu. Dari Pekan Nabalu sepatutnya sudah boleh lihat pemandangan gunung Kinabalu, tapi sayangnya cuaca pada masa kami tiba sangat berkabus, baru saja lepas hujan.

Sudah masuk waktu senja barulah kami tiba di Pekan Kundasang, kemudian terus ke Hotel Zen Garden, tempat penginapan kami. Selepas selesai urusan check-in dan para pelancong mendapat bilik masing-masing, kami makan makan dengan parti barbeku yang disediakan oleh saudara Yazid, salah seorang team member Aliana Kembara di Sabah.

Hidangan barbeku yang disediakan memang sangat sedap, mantap… semua orang kenyang. Dengan rasa letih perjalanan yang bermula dari awal pagi, perut kenyang dengan makanan yang sedap serta hawa dingin kawasan pergunungan, malam itu kami berehat dengan sangat selesa.

Jom lihat percutian hari seterusnya di Sabah…

Hari Kedua: Pekan Kundasang, Desa Dairy Farm, Tagal Fish Spa, Ladang Teh Sabah dan Poring Hot Spring

Hari Ketiga: Kinabalu Park, Menara Yayasan Sabah, Masjid Negeri Sabah, Pasar-pasar di Kota Kinabalu, Todak Waterfront dan Night Seafood Market

Hari Keempat: Pulau Manukan dan sambung shopping lagi di pasar-pasar di Kota Kinabalu

Berminat dengan pakej pelancongan berkumpulan atau private ke negeri Sabah, Perth Australia, Tokyo dan Osaka Jepun, Kashmir dan lain-lain lagi?
Hubungi saya di nombor telefon atau Whatsapp +60166661300

Kami akan aturkan pakej dengan harga bajet tapi servis yang istimewa dan eksklusif.

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *