fbpx

Pagi-pagi mahu minum apa? Ini 5 manfaat minum air kosong pada waktu pagi

Air kosong, air putih, air jarang, air masak, atau apa pun panggilan yang anda gunakan untuk merujuk kepada air tanpa sebarang perisa dan bahan tambahan ini, ia merupakan air yang paling terbaik untuk diminum oleh manusia.

Minum air kosong sangat penting untuk melancarkan fungsi tubuh badan. Air digunakan untuk mengangkut nutrien ke sel, mengawal suhu badan, dan melincirkan sendi. Kekal terhidrat dengan minum air kosong juga baik untuk kulit, metabolisma, dan tahap tenaga anda.

Bagi memenuhi keperluan tubuh badan, pakar-pakar kesihatan mengesyorkan supaya kita minum 2.5 liter air, bersamaan 8 hingga 10 gelas air setiap hari.

Minum air ketika perut kosong memberikan banyak faedah untuk kesihatan, lebih-lebih lagi pada waktu pagi sebelum bersarapan. Minumlah kira-kira setengah liter air kosong ketika baru bangun tidur untuk kesan yang terbaik pada tubuh badan anda.

 

1. Meningkatkan tahap tenaga anda

Air meningkatkan jumlah sel darah merah kita dan juga meningkatkan oksigen yang kita terima ke otak. Peningkatan oksigen akan memberi lebih banyak kewaspadaan dan tenaga sehingga anda dapat memulakan hari dengan betul.

Sebaik-baiknya minum air kosong sebelum mengambil sebarang makanan dan minuman waktu sarapan. Dengan memulakan pagi anda dengan air kosong, bukannya kopi atau teh, anda dapat menyelamatkan perut anda daripada mengalami keasidan.

 

2. Menurunkan berat badan

Menurut kajian, tahap metabolisma akan meningkat kira-kira 30% dengan meminum setengah liter air kosong pada waktu pagi. Dengan peningkatan kadar metabolisme anda, kadar pembakaran kalori juga turut meningkat.

Ada kajian lain menunjukkan bahawa orang dewasa boleh kehilangan berat badan dengan banyak setelah meminum setengah liter air kosong sebelum sarapan selama 12 minggu. Penyelidik mengaitkan penurunan berat badan ini dengan penurunan pengambilan tenaga daripada makanan di kalangan peserta kajian. Air telah membuatkan mereka kenyang lalu makan sedikit saja ketika sarapan.

 

3. Prestasi mental dan memperbaiki mood

Minum air boleh memperbaiki prestasi mental. Ia juga memberi kesan positif pada mood anda.

Ada kajian yang dibuat terhadap sekumpulan pelajar mendapati dehidrasi mempunyai kesan negatif terhadap ingatan dan perhatian dalam jangka pendek. Keadaan mereka menjadi  bertambah baik setelah kembali terhidrasi. Kajian ini juga mendapati mood mereka terjejas ketika dalam keadaan dehidrasi dan kembali pulih setelah minum air.

Oleh yang demikian, orang yang sentiasa minum air sentiasa berada dalam keadaan mental yang cerdas dan mood yang baik.

 

4. Kulit yang cantik

Kulit kita mengandungi 30% air. Minum air ketika perut kosong akan membantu mengekalkan keanjalan kulit anda dan mencegah kedutan. Ia juga menjadikan kulit sentiasa lembab sehingga kelihatan lebih cerah, lembut dan lebih berseri sepanjang hari.

Kajian mendapati peningkatan pengambilan air membawa kesan positif terhadap fisiologi kulit, kelihatan lebih terhidrat terutamanya kepada peserta kajian yang biasanya kurang minum air.

 

5. Membuang toksin

Minum air boleh membantu membuang toksin yang berbahaya di dalam badan anda. Apabila anda membuang air kecil dan berpeluh, anda membuang toksin yang terhasil di dalam sistem badan.

Air membersihkan usus besar, yang menjadikan penyerapan nutrien lebih mudah. Ia juga membantu buah pinggang dalam menghasilkan hormon, menyerap mineral, membersihkan darah dan mengeluarkan air kencing.

Minum air pada waktu pagi memberikan manfaat terhadap kesihatan, terutama jika anda menukar minuman pagi kepada air kosong. Walau bagaimanapun, manfaat minum air tidak terhad dengan meminumnya pada waktu pagi sahaja.

Bagi anda yang sukar untuk meminum lebih air kosong, anda boleh mengambil air berperisa. Adalah penting untuk anda kekal terhidrasi sepanjang hari bagi memastikan fungsi tubuh badan berjalan lancar.

 

Rujukan:

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *