fbpx

Keluarkan duit Yen di ATM, tak perlu bawa banyak duit tunai Yen bila ke Jepun

Mengembara dan melancong ke Jepun adalah impian ramai rakyat Malaysia, tak kira peringkat umur. Mendengar cerita orang atau mendapat maklumat dari internet membuatkan kita rasa mahu sangat ke negara matahari terbit itu. Siapa yang sudah pernah pergi pasti rasa akan pergi lagi. Dulu sudah pernah ke Tokyo, mahu rasa main salji di Hokkaido, kemudian teringin ke Osaka pula berpiknik bawah pohon sakura pada musim bunga.

Jadi bila anda mahu lama berada di Jepun atau mungkin mahu banyak berbelanja, sudah pastinya anda akan membawa wang tunai yang banyak. Kalau pakai kad kredit takut terlebih belanja tanpa sedar. Kad debit pula kebanyakan kedai tak terima.

Saya mahu kongsikan cara mudah.

Tak perlu bawa duit tunai Yen banyak-banyak bila ke sana. Pengalaman saya, saya cuma bawa 10,000 yen saja (baca: ichi mang yen) untuk belanja dan ada duit lain untuk bayar sewa kereta dan keperluan lain. Masa baru tiba di airport saya guna beli air dan onigiri. Hari-hari berikutnya masih ada duit lagi untuk belanja makan dan sebagainya (saya bukan kaki shopping sangat).

Bila duit di tangan sudah mahu habis dan saya mahu belanja lagi, mahu beli barang untuk bawa balik, beli gadget dan sebagainya, saya pun keluarkan duit Yen di ATM. Saya gunakan kad debit dari Malaysia saja, isikan duit (top up) ke dalam e-wallet kad debit saya itu kemudian terus beli matawang Yen dalam e-wallet.

Kemudian terus saya keluarkan duit Yen.

kad debit Merchantrade VISA dan slip pengeluaran duit Yen

Sebelum keluarkan duit, mestilah perlu ada duit dulu dalam e-wallet, kemudian beli duit Yen. Tonton video ini.

 

Di Jepun cari mesin ATM yang boleh terima kad luar negara, seperti Aeon Bank, 7 Eleven dan Postal Bank.

Di ATM Aeon Bank, pilih menu International Cards dulu baru boleh mulakan transaksi.

 

Semoga bermanfaat buat anda semua yang mahu melancong dan berbelanja di Jepun.

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *