Lebih mudah baharui passport secara online

Kalau dahulu rakyat Malaysia yang mahu memperbaharui passport perlu bangun awal-awal pagi untuk memperbaharui passport. Anda perlu tiba di depan pejabat imigresen mungkin seawal jam 6 pagi atau lebih awal di jika di bandaraya. Kadang-kadang masih pagi lagi nombor giliran sudah habis.

Ramai lagi rakyat Malaysia belum tahu, sekarang kita boleh memperbaharui passport tanpa hadir ke pejabat imigresen.

Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan sistem online untuk memperbaharui passport. Sistem ini dinamakan MyOnlinePasport. Anda boleh memperbaharui passport kita secara online sahaja di rumah. Pembayaran juga dibuat secara online sahaja. Terlebih dahulu anda perlu sediakan softcopy gambar foto yang menepati spesifikasi untuk passport Malaysia.

Kemudian anda boleh mengambil passport di pejabat imigresen yang disenaraikan di dalam sistem online dan berhampiran dengan anda.  Jika anda buat permohonan sebelum jam 3 petang, passport boleh diambil pada hari yang sama juga.

Cara memperbaharui passport secara online sungguh mudah. Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Masuk website MyOnlinePasport. Baca dahulu syarat-syarat yang dipaparkan hingga habis dan tekan butang SETUJU atau AGREE di bawah sekali.

2. Isikan nombor passport dan nombor mykad anda. Tekan butang Cari.

3. Sistem akan memaparkan maklumat tentang diri anda.

4. Upload gambar baru.

5. Isikan nombor telefon dan email terkini.

6. Pilih cara pembayaran.

7. Setelah pembayaran berjaya cetak resit.

8. Pergi ke cawangan pilihan untuk ambil passport anda.

 

Mudah saja bukan? Jadi anda boleh jimat banyak masa tanpa perlu keluar, korbankan masa bekerja atau ambil cuti semata-mata untuk perbaharui passport.

 

Sudah siap-sedia mahu pergi melancong ke luar negara? Ikuti pula perkongsian kami ini – 6 perkara penting wajib diambil berat sebelum melancong ke luar negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: