Minyak naik harga lagi? Awas dengan scam jimat minyak!

Kenaikan harga bahan api kenderaan sudah pasti akan meningkatkan kos sara hidup kita. Agak pelik dan lucu sekali apabila media-media arus perdana kerap mempropagandakan kenaikan harga bahan api kenderaan tidak akan membebankan pengguna.

Selagi wujudnya kenderaan dari jenis kereta, selagi itulah wujudnya pelbagai gajet yang menjanjikan peningkatan kuasa dan lebih penjimatan bahan api. Maka setiap kali harga bahan api kenderaan, petrol dan diesel melonjak naik, muncullah macam-macam produk yang dikatakan boleh menyelamatkan kebocoran poket anda.

Seterusnya ramai yang bertindak desperate kononnya mahu menjimatkan perbelanjaan bahan api lalu membeli entah apa-apa gajet untuk dipasang pada kenderaan atau cecair bahan tambahan untuk dibubuh pada bahan api semasa mengisi minyak.

 

Kajian telah dibuat di Universal Technical Institute, Houston, Amerika Syarikat, membuktikan produk-produk penjimatan bahan api ini pembohong! <– (klik pautan ini untuk membaca artikel kajian mereka)
Malah kenderaan yang diuji kehilangan kuasa dan menggunakan lebih bahan api.

Produk ‘jimat minyak’ yang mereka telah uji adalah…

  1. Magnetic fuel saver
  2. Vortex generator / Intake turbolator
  3. Engine ionizer
  4. Vapor injector
  5. Water injection

 

Ada beberapa lagi jenis produk yang dicipta kononnya untuk menjimatkan bahan api. Selain produk yang disenaraikan tadi, anda tentu pernah dengar…

Fuel additive – bukan saja membuang duit, tapi berpotensi menjahanamkan enjin anda dan meningkatkan pencemaran udara.

Hydrogen generator – tangki air kecil di pasang pada kereta dan ada alat memisahkan molekul hidrogen dan oksigen daripada air. Kononnya gas hidrogen yang dijana digunakan untuk pembakaran di dalam enjin. Soalnya hidrogen yang dijana sangat sedikit dan tak cukup untuk pembakaran bagi menggerakkan enjin.

Voltage stabilizer – gajet yang di dalamnya ada kapasitor kecil, fungsinya untuk menstabilkan voltan litar elektrik kereta dan seterusnya menjimatkan minyak akibat pembakaran yang lebih efisyen.

Video di bawah ini juga menjelaskan barang-barang yang dikatakan menjimatkan minyak itu semuanya pembohong!

Produk penjimatan yang agak pelik tapi popular diperkatakan sekarang ini ialah kad ajaib, kad jimat atau mungkin ada nama lain. Kad yang dikatakan boleh mempercepatkan orang sakit sembuh ini akan membuatkan anda berfikir, bagaimana pula ia bertindak menjimatkan minyak? Ia juga boleh menjimatkan elektrik. Hebat bukan!

Caranya, dekatkan kad ajaib ini pada hos atau nozzle ketika mengisi minyak atau tampalkan pada penutup corong minyak di kereta. Ada juga yang kepitkan 2 keping kad sekaligus, agaknya lagi banyak kad lagi jimat.

 

Mungkin ada diantara produk di atas yang anda pernah gunakan. Adakah ia berkesan, tiada perubahan pun atau memang betul menjimatkan?

Adakah anda mahu tergolong dalam orang-orang yang mudah tertipu dengan scam jimat minyak ini?

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *