Pemulangan & Penukaran Produk

Setiap pembelian di Konfiden.com dilindungi oleh polisi 14 Hari Pemulangan Produk untuk sebab-sebab berikut:

– Anda menerima produk yang rosak disebabkan kecuaian kami (rujuk keterangan dibawah).

– Anda menerima produk yang salah (rujuk keterangan dibawah).

– Anda telah membeli produk yang salah (rujuk keterangan dibawah).

Sila hubungi kami dengan mengisi Borang Pemulangan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pemulangan produk.

Tempoh 14 hari adalah bermula dari tarikh anda menerima produk tersebut dari pihak penghantar.

Contoh : Jika anda menerima produk pada 1 Oktober, anda perlu menghubungi kami dengan segera untuk pemberitahuan dan perbincangan, dan produk tersebut perlu sampai kepada kami sebelum atau pada 14 Oktober.

Produk tersebut boleh dipulangkan jika produk itu tidak pernah dipakai, diubahsuai, atau dibasuh. Produk itu juga perlu berada dalam keadaannya yang asal dengan segala tag atau label tidak terjejas, kotak atau pembungkus produk serta segala material yang disertakan bersama produk masih dalam keadaan elok untuk tujuan jualan semula. Kami akan meneliti terlebih dahulu setiap produk yang dipulangkan sebelum membuat sebarang penukaran produk atau penghantaran semula.

Harap maklum bahawa kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku pada produk disebabkan oleh kelalaian dan kecuaian anda dalam mengendalikan dan menguruskan produk tersebut.

Kami berhak untuk menafikan penukaran produk jika produk yang dipulangkan didapati telah dipakai, dibasuh, atau diubahsuai, serta label, tag, kotak, pembungkus, dan segala material yang datang bersama produk tersebut telah terjejas dan memungkinkan produk tersebut tidak dapat dijual semula.

Kami tidak akan melayan mana-mana permintaan pemulangan dan penukaran produk atas sebab-sebab yang kami rasakan, secara profesional, tidak munasabah.

Pemulangan Atas Sebab Kerosakan Pada Produk atau Menerima Produk yang Salah

Setiap produk di Konfiden.com sudah diperiksa agar tidak mempunyai apa-apa kerosakan atau kecacatan padanya diperingkat pembuatan produk dan diperingkat penghantaran produk kepada pelanggan. Kami juga akan memastikan produk yang anda pesan melalui laman web Konfiden.com adalah produk yang akan anda terima. Walaupun begitu, ada masanya kesilapan mungkin berlaku dimana kami terlepas pandang akan produk yang mengalami kerosakan atau tersilap menghantar produk yang dipesan. 

Sekiranya anda menghadapi situasi seperti ini, terlebih dahulu kami memohon maaf. Sila beritahu kami apakah produk yang telah anda terima dan jika ada kerosakan, jelaskan tentang kerosakan tersebut. Kami mungkin akan meminta anda untuk memberikan kami gambar produk beserta kerosakan yang terdapat padanya.

Untuk memulangkan produk, anda boleh menggunakan apa-apa servis penghantaran ke alamat yang akan kami beritahu nanti. Sila maklumkan juga tentang caj penghantaran beserta akaun bank anda untuk tujuan pembayaran balik caj penghantaran ini.

Untuk produk yang rosak, kami akan menukarkannya dengan produk yang sama yang berkeadaan baik kepada anda. 

Untuk produk yang tersalah hantar, kami akan menghantar produk yang sebetulnya kepada anda.

Sekiranya kami kehabisan stok untuk produk tersebut, anda boleh memilih produk lain yang mempunyai harga yang sama atau meminta kami untuk memulangkan kembali wang anda.

Pemulangan Atas Sebab Anda Telah Memilih Produk Yang Salah

Jika anda telah tersalah membeli produk (tersilap memilih saiz, warna, atau yang seumpamanya) dan berhasrat untuk menukarnya dengan produk yang lain atau meminta pengembalian wang, anda boleh memulangkan produk tersebut dengan mengikut syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas.

Jika anda memilih untuk menukar kepada produk yang baru, produk baru yang dipilih mestilah mempunyai harga yang sama atau lebih tinggi dari produk yang mahu dipulangkan. Sekiranya anda memilih produk dengan harga yang lebih tinggi, anda hanya perlu membayar perbezaan harga antara kedua-dua produk tersebut.

Kos penghantaran untuk pemulangan produk dan penghantaran produk yang baru akan ditanggung oleh anda. Kami akan memberitahu anda caj penghantaran untuk produk yang baru yang perlu dibayar semasa perbincangan lanjut nanti.

Jika anda meminta untuk wang anda dikembalikan, pengembalian wang hanya melibatkan harga produk dan tidak termasuk caj penghantaran dan caj pengurusan (jika ada).

Penghantaran produk yang baru atau pengembalian wang hanya akan dibuat selepas kami menerima dan meneliti keadaan produk yang dipulangkan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang pemulangan dan penukaran, sila hubungi kami.