fbpx

3 pemandu Formula 1 terbaik sepanjang zaman

Sejak bermulanya Kejohanan Dunia Formula 1 pada tahun 1950 di litar Silverstone, United Kingdom, sehinggalah sekarang, lebih daripada seribu perlumbaan telah diadakan. Lebih daripada 700 orang pemandu yang telah menyertai sekurang-kurangnya satu Perlumbaan Kejohanan Dunia Formula 1.

Fakta menarik – Ada seorang pelumba F1 daripada Malaysia bernama Alex Yoong yang menyertai perlumbaan F1 ini pada musim 2001 dan 2002.

Dalam artikel ini saya akan menyentuh tentang pemandu F1 terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung dari tahun 1950. 3 nama dalam artikel ini merupakan nama-nama yang berjaya mendominasi Formula 1 pada zamannya dan memenangi banyak kejohanan dunia F1.

1. Sebastian Vettel (4 kali Juara Dunia)

Gambar dari formula1.com

Sebastian Vettel dilahirkan pada 3 Julai 1987 di Heppenheim, Jerman. Beliau memulakan karting sebagai hobi pada tahun 1991, ketika itu berusia tiga tahun. Pada tahun 1995, beliau berlumba untuk kali pertama. Vettel memenangi banyak perlumbaan karting termasuklah Kejohanan Karting Junior Jerman, Piala Monaco Kart, dan Kejohanan Karting Junior Eropah. Pada tahun 2003, beliau membuat kemunculan sulungnya dalam kejohanan Formula BMW Jerman dengan menduduki tempat kedua, sebelum memenangi gelaran pada tahun depannya. Pada tahun 2005, beliau mendapat tempat kelima dalam Formula 3 Euroseries dan mendapat citarasa pertama kereta Formula 1 apabila diberi peluang pandu uji oleh pasukan Williams.

Pada tahun 2006, beliau telah menduduki tempat kedua dalam Formula 3 Euroseries dan dibawa oleh BMW Sauber sebagai pemandu ujian. Pada tahun itu beliau juga berlumba dalam Siri Dunia oleh Renault, selepas itu menggantikan Scott Speed ​​di Toro Rosso-Ferrari selepas GP Eropah. Beliau berlumba bersama pasukan Itali tersebut pada 2008, dengan kemenangan pertama di Grand Prix Itali, menjadi pemenang Formula 1 termuda. Beliau mendapat tempat kelapan dalam kejohanan itu dan mendapat tempat di Red Bull Racing.

Pada tahun 2009, beliau memenangi perlumbaan di Shanghai, Silverstone dan Suzuka, menamatkan perlumbaan kedua dalam Kejohanan Dunia Pemandu. Pada 2010, Vettel menjadi Juara Dunia Formula 1 yang termuda. Pada tahun berikutnya, beliau mempunyai pasukan dan kereta yang dominan, memenangi sebelas perlumbaan dan mengambil gelaran untuk kali kedua, dengan empat perlumbaan masih dalam kejohanan. Tahun 2012 dan 2013 membawa gelaran ketiga dan keempatnya. Pada tahun 2014, beliau menamatkan musim kelima. Beliau menyertai Scuderia Ferrari pada tahun 2015, mendapat tempat ketiga tahun pada musim tersebut dan kelima pada 2016. Pada 2017 dan 2018, beliau menjadi naib juara dalam Kejuaraan Dunia F1, dengan 5 kemenangan pada kedua-dua tahun, masing-masing mencatat 317 dan 320 mata.

2. Ayrton Senna (3 Kali Juara Dunia)

Gambar dari france24.com

Ayrton Senna da Silva dilahirkan pada 21 Mac 1960, di Sao Paolo, Brazil dalam sebuah keluarga kaya. Senna merupakan seorang yang atletik dan mempunyai minat terhadap kereta dan lumba kereta seawal umurnya 4 tahun. Beliau memulakan karier dengan memandu go-kart pada usia 13 tahun yang mana pada perlumbaan pertamanya beliau berjaya mendapat petak pertama dan mendahului sebahagian besar perlumbaan sebelum bertembung dengan lawannya. Bapanya mengesan bakat besar yang ada pada Senna dan terus mengembangkan bakatnya.

Beliau memulakan karier sebagai pemandu F1 pada tahun 1984 dengan pasukan Toleman. Keputusan beliau yang terbaik adalah tempat kedua di Monaco. Seterusnya beliau menyertai Lotus selama tiga tahun iaitu daripada tahun 1985 hingga 1987 dan berjaya mendapat 6 kemenangan selama tempoh 3 tahun tersebut. Seterusnya, beliau menyertai Mclaren dan berjaya merangkul 3 gelaran Juara Dunia iaitu pada 1988, 1990, dan 1991. Tahun 1988 merupakan tahun yang akan diingati ramai bukan sahaja kerana Senna merangkul kejuaraan dunia pertamanya namun tahun tersebut menunjukkan dominasi daripada pasukan Mclaren yang memenangi 15 daripada 16 perlumbaan yang mana Senna mempunya 8 kemenengan dan Alain Prost mendapat 7 kemenangan pada tahun tersebut.

Meskipun Senna hanya mendapat 3 kejuaraan dunia, namun terdapat banyak momen yang boleh menjadikan Senna dinobatkan sebagai pemandu terhebat. Ini termasuklah ‘Lap of God’, gelarannya sebagai ‘Speedmaster’, dan pusingan pertamanya yang menyaksikan beliau merampas tempat pertama dari tempat kelima dalam satu pusingan di GP Portugal.

Ayrton Senna meninggal dunia pada 1 Mei 1994 dalam satu kemalangan semasa perlumbaan di Grand Prix San Marino.

3. Alain Prost (4 kali Juara Dunia)

Gambar dari essentiallysports.com

Alain Marie Pascal Prost dilahirkan pada 24 Februari 1955 berdekatan dengan bandar Saint-Chamond, Perancis. Beliau memulakan karier menerusi go-kart pada usia 14 tahun. Walaupun beliau hanya berketinggian 1.67m, beliau merupakan seorang yang sangat aktif dan berkebolehan. Malah beliau pernah berfikir tentang menjadi pemain bola sepak. Prost memenangi beberapa kejohanan karting dalam remaja. Prost memenangi kejuaraan kart senior Perancis 1975 dan Formula Renault pada tahun berikutnya, kategori di mana beliau memenangi semua perlumbaan kecuali satu perlumbaan.

Prost terus memenangi kejohanan Formula Renault Eropah 1977 sebelum berpindah ke Formula 3 (F3) pada tahun 1978. Pada tahun 1979 beliau memenangi kedua-dua kejuaraan F3 Perancis. Seterusnya, beliau memulakan langkah sebagai pemandu F1 dengan memilih untuk menandatangani McLaren untuk tahun 1980.

Pada musim pertamanya di Mclaren, Prost hanya berjaya mendapat tempat ke 16 dalam kejuaraan dunia dan berhijrah ke pasukan negaranya, Renault. Dalam tempoh 3 tahun di Renault, beliau mendapat tempat ke 5 pada musim 1981, tempat ke 4 pada 1982, dan tempat ke 2 pada 1983. Tertekan dengan tekanan untuk memenangi kejuaraan dunia sebagai pelumba Perancis dalam pasukan Perancis, beliau memilih untuk kembali ke Mclaren yang tampak serba baharu.

Dalam tempoh 6 tahun bersama Mclaren, beliau menjadi antara pemandu terbaik Mclaren sepanjang zaman dengan memenangi 3 kejuaraan dunia dengan Mclaren. Pada musim pertamanya pada 1984, beliau mendapat tempat sebelum memenangi kejuaraan dunia berganda pada 1985 dan 1986, beliau mendapat tempat keempat pada 1987 sebelum ‘budak baru’ menyertai Mclaren dan menjuarai kejuaraan dunia pada 1988 yang mencetuskan persaingan antara pelumba yang terhebat dalam sejarah.

Setelah memenangi kejuaraan dunia pada 1989, beliau berhijrah ke Ferrari dan mendapat tempat kedua pada 1990 dan mendapat tempat kelima pada 1991 sebelum dipecat Ferrari setelah Prost mengkritik bahawa kereta Ferrari seperti trak. Setelah berehat selama setahun, beliau berjaya memenangi satu lagi kejuaraan dunia pada 1993 dengan pasukan Williams sebelum mengumumkan persaraannya.

Ini baru 3 pemandu yang dimuatkan di dalam artikel ini. Nantikan artikel seterusnya untuk 3 lagi pemandu F1 terbaik sepanjang zaman.

 

Sumber: Formula1.com, WTF1.com, Motorsport.com, Grandprixhistory.org

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *