fbpx

Cara jimat bagaimana mahu buat 2 orang boleh guna 1 komputer pada masa yang sama

Zaman sekarang bukan orang dewasa sahaja yang menggunakan komputer untuk pelbagai urusan. Anak-anak yang masih bersekolah juga memerlukan komputer untuk meneruskan pembelajaran mereka melalui pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Bagi anda yang mempunyai ramai anak, menyediakan komputer untuk setiap seorang pastinya memerlukan belanja yang besar.

Pilihan lain yang ada ialah dengan cara bergilir-gilir menggunakan komputer. Atau seorang guna komputer, yang lain gunakan telefon pintar. Tetapi, mungkin ada ibu bapa yang risau tentang kesan buruk guna telefon pintar pada kesihatan mata anak-anak. Tambahan pula, ada banyak kelebihan apabila ibu bapa beri anak-anak guna komputer untuk pembelajaran di rumah.

Jika anda sudah memiliki sebuah komputer di rumah dan mahukan supaya dua orang atau lebih yang boleh menggunakannya pada masa yang sama, ada satu cara yang menjimatkan tanpa anda perlu membeli lagi beberapa set komputer.

Ia seolah-olah anda ada banyak komputer walaupun sebenarnya ada 1 CPU komputer sahaja. Saya akan kongsikan apakah perkakasan (hardware) dan perisian (software) yang diperlukan dan cara-cara membuatnya. Untuk makluman, cara ini hanya boleh dibuat pada komputer dengan sistem operasi Windows XP, 7, 8, dan 10 sahaja.

Dari segi perkakasan, komputer berspesifikasi sederhana sudah memadai untuk kegunaan PdPR. Jika anda belum mempunyai komputer, anda boleh dapatkan komputer refurbished pada harga yang amat berpatutan. Kami pernah kongsikan tip-tip penting untuk pilih komputer terpakai refurbished yang boleh anda rujuk sebagai panduan.

Untuk bermain permainan komputer dengan grafik yang tinggi, atau komputer mahu digunakan sehingga 6 orang atau lebih, anda mungkin memerlukan sebuah komputer yang berspesifikasi tinggi.

Komputer yang saya gunakan hanya mempunyai perkakasan lama, tetapi telah ditambah memori (RAM) menjadi 8GB. Komputer ini juga menggunakan pemacu storan jenis solid state disk (SSD) supaya komputer boleh beroperasi dengan lancar apabila ramai yang menggunakannya pada masa yang sama.

Untuk membolehkan setiap orang menggunakan komputer secara serentak, anda wajib tambah perkakasan berikut:

Monitor

Keyboard dan mouse

USB audio adapter

Speaker

Untuk lebih jimat lagi, anda mungkin boleh dapatkan perkakasan terpakai refurbished, atau tunggu jualan mega di Shopee atau Lazada.

Dari segi perisian, komputer perlu dipasang perisian Aster. Perisian inilah yang membolehkan sebuah komputer itu digunakan serentak sehingga 12 orang. Walau bagaimanapun, dalam perkongsian kali ini saya cuma tumpukan kepada penggunaan untuk 2 orang sahaja. Perisian Aster ini adalah berbayar, namun anda boleh muat turun dan mencuba dahulu perisian ini selama 30 hari.

Perisian Aster dari ibik

Jom tonton video ini untuk melihat cara-cara pemasangan dan setting untuk buat supaya 2 orang boleh guna 1 komputer pada masa yang sama.

Hasilnya, dua orang dapat gunakan komputer dengan serentak. Seorang guna komputer untuk hadir kelas atas talian, yang seorang lagi tonton video yang cikgu sediakan di Youtube. Tiada lagi yang berebut untuk guna komputer apabila menjalani PdPR.

Dengan membuat sistem komputer seperti ini, anda dapat jimat sehingga 80% daripada kos sebenar membeli sebuah komputer baharu untuk seorang. Sungguh menjimatkan!

Selamat mencuba.

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *