fbpx

5 sebab Whatsapp broadcast Lebih Baik daripada Whatsapp group

Whatsapp, adalah satu aplikasi komunikasi pintar yang paling digemari. Dengan aplikasi ini kita bukan saja boleh berhubung secara dua hala dengan satu orang saja, malah dengan ramai orang serentak.

Whatsapp group

Cikgu-cikgu sekolah adalah diantara golongan yang sangat gemar memanfaatkan aplikasi Whatsapp untuk berkomunikasi dengan ibu bapa kepada anak-anak murid mereka. Jadi mudah untuk guru-guru menyampaikan maklumat terus kepada ibu bapa, misalnya jadual ujian, cuti peristiwa dan sebagainya.

Masalah Whatsapp group

Akan tetapi tidak semua orang sukakan fungsi Whatsapp group. Ramai juga yang anggap Whatsapp group sebagai tidak perlu atau pun mengganggu sahaja. Tapi bila sudah dimasukkan segan pula mahu ‘exit group’ sebab jaga hati guru atau takut orang lain mengata pula. Jadi apa yang boleh dibuat, cuma ‘mute’kan sahajalah supaya tidak berbunyi-bunyi apabila ada mesej di dalam group.

Ada ibu bapa yang prihatin memberi cadangan kepada guru anak mereka

Lama-kelamaan Whatsapp group ini sebenarnya akan lebih menyusahkan guru. Mula-mula semuanya nampak OK, tapi setelah masing-masing mula ‘serasi’ atau ‘mesra’ mulalah ada ibu bapa yang ‘buat perangai.’

  1. kongsi maklumat atau gambar yang tidak ada kena mengena dengan group
  2. luahan perasaan
  3. jadi pemberita isu semasa
  4. dan yang paling menjengkelkan – buat iklan perniagaan

Berikut adalah perkongsian daripada portal-portal blog lain…

Guru mengeluh group whatsapp ibubapa

Cikgu Kini, Di Sekolah Kena Layan Ragam Anak-Anak Murid, Di Rumah Kena Layan Soalan-Soalan Nonsense Group Whatapps Ibu Bapa – Siakapkeli

Kumpulan Whatsapp Ibu Bapa Ganggu Kehidupan Peribadi Guru – Cikgushare

 

Whatsapp broadcast – alternatif kepada Whatsapp group

Kalau setakat hendak gunakan Whatsapp untuk sampaikan maklumat penting secara serentak kepada ibu bapa, lebih baiklah cikgu-cikgu buat Whatsapp broadcast.

5 sebab kenapa Whatsapp broadcast lebih baik daripada group.

  1. Mesej yang dihantar ke satu set senarai nama yang telah ditetapkan, tetapi mesej diterima secara individu.
  2. Tak akan terlepas daripada membaca mesej penting, kerana mesej sampai secara peribadi. Jadi mesej yang belum dibaca akan kekal bertanda ‘bold’.
    Bayangkan apabila cikgu hantar mesej penting di dalam group kemudian ramai ibu bapa bersoal-jawab, berbalas-balas atau berbual-bual di situ, mesej penting tadi akan hilang jauh ke atas entah ke mana. Tak semua ibu bapa ada banyak masa lapang untuk selalu melihat telefon bimbit masing-masing.
  3. Jika ada pertanyaan terhadap mesej yang disampaikan, penerima terus bertanya kepada pengirim mesej secara peribadi dan tertutup. Tidak seperti Whatsapp group yang mesej yang disampaikan atau soal-jawab dan maklum balas dilakukan dalam group dan semua orang boleh baca. Selalunya tak perlu pun semua orang perlu baca.
  4. Tidak mengganggu semua ibu bapa, tanpa banyak notifikasi daripada Whatsapp yang muncul. Tidak semua orang sukakan berwhatsapp, ada yang gunakan apabila perlu saja.
  5. Jimat masa cikgu daripada perlu melayan macam-macam mesej, pertanyaan atau permintaan ibu bapa.

Kami kongsikan cara bagaimana hendak membuat Whatsapp broadcast – klik di sini

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *