Perniagaan anda ada perjanjian dengan pembekal, ejen, pengiklan, staf dan sebagainya?
Ramai usahawan memberikan alasan, baru mula berniaga, belum ada modal dan sebagainya. Maklum sajalah buat perjanjian ini ada kosnya.
Pesan puan Nurhidayati, seorang peguam korporat yang saya temui baru-baru ini, “Perjanjian di dalam urusan perniagaan adalah perkara penting untuk melindungi kedua-dua pihak daripada masalah di kemudian hari nanti. Masa mula-mula inilah kena pastikan ada perjanjian. Tak apalah buat sendiri dulu. Biar lengkap dengan stamping ke LHDN. Amalkan prinsip all must be written. Kalau mula-mula lagi sudah kemas dengan dokumen dan sistem, bila sudah besar nanti urusan pun makin mudah.”
Amat mudah untuk mendapatkan templet perjanjian di internet. Tanpa gunakan khidmat peguam pun anda boleh buat deraf perjanjian. Tetapi harus diingat, adakah templet itu sesuai dengan undang-undang Malaysia, dan yang lebih penting, adakah ia melindungi anda.
Puan Nurhidayati berkongsi satu kisah dan tip, “Seorang usahawan datang ke pejabat guaman saya di Shah Alam. Hajatnya mahu buat perjanjian perniagaan.”
“Puan, saya perlukan satu perjanjian perniagaan untuk bisnes saya ni. Tapi boleh tak saya dapatkan harga yang murah,” tanya usahawan itu. “Maklum sajalah puan, ekonomi tengah tak bagus ni,” tambahnya lagi.
“Apalah yang saya boleh katakan…? Semua orang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang. Lebih-lebih lagi peniaga,” kata puan Nurhidayati.
Tidak seperti perjanjian transaksi conveyancing, bayaran fi servis guaman untuk menderafkan perjanjian korporate dan komersil tidak termaktub kepada mana-mana peraturan fi yang tetap. Ia boleh ditentukan oleh peguam itu sendiri berdasarkan kerja-kerja yang perlu dilakukannya dari segi masa dan juga kandungan perjanjian.
“Beginilah, kepada usahawan yang memerlukan perjanjian korporat tetapi budget terhad, saya senaraikan cadangan yang boleh diatur dengan peguam anda nanti,” kata puan Nurhidayati yang telah membantu ramai anak guamnya termasuklah para usahawan.
Berikut adalah perkara-perkara yang usahawan perlu lakukan untuk memudahkan kerja peguam anda supaya dapat kurangkan caj servis guaman.
- Untuk terma yang lebih terperinci dan susah, minta peguam sediakan satu jadual di belakang laman tandatangan. Anda perlu isi sendiri jadual ini. Lagi kurang masa peguam anda menderaf, lagi bagus. Anda letaklah apa juga terma yang anda mahu letak. Minta peguam letakkan satu perenggan dalam perjanjian bagi menyatakan perjanjian tersebut akan rujuk kepada jadual tertentu.
- Minta derafkan terma yang am (general dan common). Perincian spesifik hanya pada maklumat pihak-pihak terlibat. Tiada klausa yang susah dan pelik-pelik. Semakin susah dan leceh terma yang hendak dimasukkan, semakin tinggi fi peguam. Ini kerana peguam perlu buat kajian dan mungkin ambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
- Peguam tidak akan jadi saksi untuk laman perlaksanaan (execution). Harap maklum jadi saksi juga adalah servis yang perlu di bayar kerana sekiranya ada pertelingkahan antara pihak-pihak, peguam boleh di panggil ke mahkamah atau tribunal sebagai saksi.
- Servis deraf sekali sahaja oleh peguam anda. Sekiranya anda ingin pinda , sila pinda sendiri. Peguam hanya sediakan yang asas sahaja.
- Peguam anda tidak perlu letakkan nama firma mereka di atas muka depan (cover). Buat cover sendiri.
- Peguam tidak perlu berurusan dengan pihak satu lagi. Segala komunikasi diuruskan oleh anda. Peguam hanya sediakan satu deraf untuk sekali sahaja. Sebarang pindaan dan semakan dibuat oleh anda sendiri.
- Bila pihak-pihak telah setuju, cetak sendiri perjanjian tersebut dan boleh tandatangan antara satu sama lain. Tidak perlu di hadapan peguam.
- Sediakan surat aku janji bahawa peguam tidak akan di iktiraf sebagai penderaf agreement tersebut dan tidak akan dipanggil sebagai saksi.
- Stamping diuruskan oleh anda. Anda boleh buat stamping sendiri dengan ‘mati setem hasil’. Jika perkara ini diabaikan, sekiranya berlaku apa-apa isu diantara kedua-dua pihak dan terpaksa di bawa ke mahkamah, perjanjian ini tidak boleh dijadikan bukti.
“Jadi nak murah, permudahkan terma-terma yang usahawan ingini. Walaubagaimana pun, ini pendapat peribadi saya sahaja. Lain peguam mungkin lain pandangannya,” tambah beliau.
Puan Nurhidayaty Maidin adalah seorang peguam korporat dan litigasi yang berpejabat di Seksyen 18 Shah Alam dengan firma guaman beliau Messrs Nur Maidin & Co.
Tel :603-55411129, Fax: 6
03-55411129
Email : nmaidin@gmail.com
----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.
Salam puan.. Saya nazim dr Nazariff Contractor.. Nak tnya Bagaimana nak buat draft kontrak yg legal kos tinggi ke. Dari artikel ni nmpk mcm mnarik klau kos rendah. Sbb sy ni syrikat bru setahun dan enterprises pulak tu.. So ni bru msuk stu kontrak cleaning. Ble bntu sy puan.. 0164339292 ni no wasup dan fon sy
tuan boleh hubungi contact yang tertulis di bawah artikel ini