Berikut adalah Terma dan Syarat berkenaan penggunaan laman web kami, Konfiden.com.

Pengesahan dan Penerimaan Pesanan

Apabila anda membuat pesanan melalui Konfiden.com, kami akan mengesahkan pembayaran, alamat penghantaran, dan nombor telefon, sebelum memproses pesanan anda. Pesanan anda melalui Konfiden.com adalah satu urus niaga untuk membeli produk atau perkhidmatan kami dan anda merupakan pelanggan kami. Kami akan menerima pesanan anda dengan memproses pesanan dan menghantar produk atau dokumentasi perkhidmatan. Tiada pesanan boleh dianggap diterima oleh kami sehingga pesanan itu dihantar kepada pelanggan. Kami berhak, untuk apa-apa sebab, menolak untuk menerima pesanan atau mana-mana bahagian pesanan anda. Jika kami menolak untuk menerima pesanan anda, kami akan cuba untuk memberitahu anda menggunakan nombor telefon atau alamat e-mel yang telah anda berikan bersama dengan pesanan anda.

Komunikasi

Apabila anda membuat pesanan melalui Konfiden.com, anda perlu memberikan nombor telefon yang betul dan alamat e-mel yang sah, yang kami boleh gunakan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai status pesanan anda, dan untuk memberitahu anda tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan pesanan anda. Anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa akibat yang akan anda tanggung, atau maklumat yang anda tidak terima, akibat kegagalan anda untuk memberikan nombor telefon yang betul dan alamat e-mel yang sah.

Paparan Produk / Warna

Kami cuba untuk memaparkan seberapa tepat yang mungkin tentang warna produk yang dipaparkan di laman web ini. Namun kerana warna-warna yang anda lihat akan bergantung kepada banyak faktor, termasuk penetapan skrin komputer, pencetak, atau lain-lain peranti elektronik anda, kami tidak dapat menjamin bahawa warna yang anda lihat itu akan 100% sama dengan warna produk yang anda pesan.

Harga dan Maklumat Produk

Kami berusaha untuk menyediakan maklumat terkini dan tepat berkaitan dengan produk, perkhidmatan, dan harga, tetapi tidak menjamin keterkinian dan ketepatan apa-apa maklumat tersebut. Maklumat yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan di Konfiden.com adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Harga adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa sebelum anda membuat apa-apa pesanan di Konfiden.com. Sekiranya kami menemui kesilapan dalam keterangan atau ketersediaan sesuatu produk atau perkhidmatan yang boleh memberi kesan kepada pesanan yang belum diuruskan oleh pihak kami, atau kesilapan dalam harga, kami akan memberitahu anda versi yang telah diperbetulkan, dan anda perlu memilih sama ada untuk menerima versi yang diperbetulkan itu, atau membatalkan pesanan itu. Jika anda memilih untuk membatalkan pesanan itu, dan anda telah membuat pembayaran, kami akan mengembalikan semula jumlah bayaran tersebut.

Pembayaran dan Penghantaran

Anda perlu membayar untuk pesanan anda dengan cara seperti yang tertera di laman Cara Pembayaran.

Pesanan yang telah disahkan bayarannya akan dihantar seperti yang tertera di laman Penghantaran.

Pembatalan

Kami boleh membatalkan pesanan anda jika produk yang anda pesan itu telah tiada, untuk sebarang sebab. Jika ini berlaku, kami akan memaklumkan kepada anda dan memulangkan bayaran yang telah dibuat untuk pesanan tersebut.

Biasanya kami akan memulangkan wang yang diterima dari anda dengan cara yang sama anda membayar untuk produk tersebut.

Pembatalan oleh Pelanggan

Jika anda berhasrat untuk membatalkan pesanan anda, sila hubungi kami dengan segera untuk proses pembatalan. Amaun untuk pesanan tersebut akan dikembalikan kepada anda dalam bentuk Kredit Stor atau Baucer Hadiah.

Anda tidak boleh membatalkan pesanan anda selepas kami membuat penghantaran.

Pemulangan & Penukaran

Anda boleh memulangkan dan menukarkan produk seperti mana yang tertera di laman Pemulangan & Penukaran.

Penamatan

Kami boleh menamatkan atau menggantung akses anda kepada semua atau sebahagian daripada laman web ini, tanpa notis, untuk apa-apa kelakuan yang kami percaya mengikut budi bicara kami, melanggar mana-mana undang-undang atau berbahaya kepada kami atau pihak ketiga. Kami mempunyai segala hak untuk mentafsir, mengubah, dan menamatkan mana-mana perkhidmatan yang kami disediakan.

Pengubahsuaian Terma dan Syarat

Terma dan syarat ini serta mana-mana dokumen yang dirujuk didalamnya, boleh diubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, anda perlu membaca Terma dan Syarat ini sebelum anda membuat apa-apa pesanan.