fbpx

8 tip marketing di Facebook untuk bisnes kecil

Sejak mula dilancarkan pada tahun 2004, pengguna Facebook semakin bertambah dari hari ke hari. Mencecah sehingga berbillion pengguna ramainya, Facebook kini menjadi salah satu alternatif saluran marketing untuk usahawan bisnes. Ikuti 8 tip ringkas ini bagaimana Facebook boleh dimanfaatkan untuk mengembangkan bisnes anda.

 

1. Kenali Facebook dengan mendalam

Ramai usahawan yang tahu tentang kuasa Facebook yang mempunyai potensi tinggi dalam mengembangkan bisnes mereka. Masalahnya ialah sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai masa dan pengetahuan yang cukup dalam memanfaatkan platform media sosial ini. Kunci disini ialah dengan memahami bagaimana Facebook berfungsi dan bagaimana menggunakannya. Buat satu Facebook Page (bukan Facebook Profile) khas untuk bisnes anda, kemudian selidik bagaimana jenama-jenama yang anda gemari menggunakan platform ini.

 

2. Wujudkan identiti online anda

Facebook page anda seharusnya mencerminkan kekuatan dan kelebihan bisnes anda. Setiap pos perlu ditulis dengan nada yang mesra dan berinformatif. Orang ramai boleh memberikan komen pada Page yang akan dapat dilihat oleh semua orang yang melawat. Cara bagaimana bisnes anda berinteraksi dengan Fans jenama anda dapat meningkatkan faktor Engagement dan Reach, kerana setiap pos dan reply mungkin akan dikongi oleh Fans kepada kawan-kawan Facebook mereka.

 

3. Imej adalah segala-galanya

Setiap pos yang disertakan dengan gambar dapat meningkatkan kadar Engagement sebanyak 50% melalui fungsi Like, Comment, dan Share dari Fans anda. Ini kerana sifat manusia lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih berbentuk visual berbanding teks biasa. Anda boleh cuba teknik mengepos gambar ini, tapi pastikan anda mempunyai hak yang sepatutnya untuk gambar yang anda gunakan itu.

 

4. Pos sesuai pada masanya

Kenal pasti waktu yang sesuai untuk mengepos sesuatu di Facebook Page anda. Sentiasa kekal relevan, manfaatkan acara-acara semasa yang berlangsung, dan jangan dilupakan perkara-perkara yang bermusim. Sebagai contoh, pos tentang durian crepe semasa musim durian pastinya dapat menarik minat penggemar raja durian itu untuk Like. Ucapan tahniah kepada pasukan yang menang dan kata-kata perangsang kepada pasukan yang kalah dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia juga sudah tentu menarik Like sebahagian daripada Fans anda. Tapi, anda harus berhati-hati supaya tidak bersifat berat sebelah.

 

5. Buat jadual pos Facebook

Kalendar jadual pos Facebook akan dapat membantu anda supaya konsisten dalam mengepos sesuatu di Page. Anda juga dapat mengenalpasti peluang-peluang yang bergantung hanya kepada musim-musim tertentu. Musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali adalah antara waktu yang perlu diambil perhatian. Kaji keberkesanan pos anda pada waktu-waktu begini kerana ia dapat membantu anda dalam membentuk strategi pemasaran pada masa akan datang.

 

6. Gunakan Facebook Ads

Gunakan Facebook Ads untuk strategi mendapatkan Like pada Page dan juga untuk menguatkan lagi pengaruh pos anda yang mempunyai Engagement yang tinggi. Walau bagaimanapun anda harus berhati-hati dengan kaedah berbayar ini agar wang yang dikeluarkan untuk membiayai iklan-iklan tersebut tidak menjadi sia-sia begitu saja.

 

7. Tetapkan sasaran Facebook Ads

Facebook Ads mempunyai fungsi supaya anda dapat mensasarkan iklan-iklan kepada golongan yang sepatutnya saja. Antara ciri yang boleh ditetapkan ialah seperti interests, umur, jantina, malah lokasi juga. Jika anda menjual pakaian wanita maka iklan anda seharusnya ditujukan kepada wanita untuk keberkesanan yang maksima. Begitu juga jika anda mengiklankan restoran anda yang berada di Shah Alam yang hanya dapat dilihat oleh orang-orang Shah Alam saja.

 

8. Letakkan diri anda dalam situasi pelanggan

Pelanggan hari ini bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat dan juga untuk khidmat pelanggan. Gunakan Facebook sebagai medium untuk pelanggan berhubung dengan anda. Berikan respon yang pantas untuk pertanyaan-pertanyaan dari Fans dan juga yang bukan Fans. Usaha ini pastinya akan memberi nilai kepada bisnes anda dimata pelanggan dan juga bakal pelanggan.

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *