Barang apa yang perlu ada di dalam beg seorang ‘backpacker’

Backpacking merupakan satu gaya percutian yang bersahaja namun memerlukan skill survival yang tinggi..Bagi mengelak sebarang masalah, seorang backpacker memerlukan beberapa barang untuk dibawa bersama.

Barang yang nampak simple tapi sangat berguna ketika mengembara..

 

Kit kecemasan

Pek kecemasan adalah satu kemestian untuk setiap trip. Cuba jadikan kit kecemasan kecil dan mudah disimpan. Tidak perlu ada kotak atau beg yang canggih. Cukup sekadar  bekas makanan kitar semula atau beg plastik berpelekat. Asalkan isi dalamnya lengkap.

 

Flashlight/lampu suluh

Lampu suluh mestilah senang untuk dicapai dan kalis air. Lampu bersaiz kecil adalah lebih sesuai. Backpacker boleh memilih antara ingin menggunakan lampu suluh biasa atau headlamp.

 

Pisau Poket

Mudah dibawa dan mudah digunakan. Kebanyakan pisau poket didatangkan sekali dengan gunting mini, pencungkil gigi dan pisau kecil. Anda boleh simpankannya di dalam poket tetapi jangan simpan di dalam hand luggage.

 

Buku nota kecil

Buku nota kecil boleh dijadikan reminder, organizer dan alat komunikasi. Terutamanya apabila ingin menyampaikan sesuatu dengan orang yang berlainan bahasa dengan menggunakan kaedah lukisan.

 

Kamera

Senarai barang untuk dikemas sememangnya sudah mencukupi. Tetapi ianya jadi tidak lengkap tanpa sebuah kamera. Anda boleh membawa kamera DSLR, action camera atau mirrorless. Kenangan manis sebaiknya dirakam untuk tatapan masa akan datang.

 

Para cord survival bracelet.

Kebanyakan traveler menjadikan para cord seperti gelang tangan. Namun jangan pandang rendah dengan alat ketenteraan ini. walaupun halus dan ringan, ia mampu menampung berat badan anda!

 

Peta & kompas

Tidak perlu diterangkan lagi. Sesat adalah satu perkara yang boleh merosakkan mood. Anda boleh install aplikasi peta dan kompas di dalam telefon namun apa akan terjadi jika anda kehabisan bateri? Jadi, bawalah satu salinan peta untuk langkah pencegahan.

 

Toiletries/ beg alat mandi

Disebabkan kita mungkin akan berkongsi bilik mandi dan tandas dengan backpacker lain, beg mandian jenis gantung lebih sesuai. Dan tolong jangan kongsi..

 

Sleeping bag

Kadangkala traveler mungkin perlu tidur di lapangan terbang, stesen keretapi atau di dalam khemah. Anda boleh tidur nyenyak tanpa diganggu kesejukan malam. Jika tidur di motel murah, disarankan menggunakan beg tidur sendiri berbanding selimut yang diberi.

 

Duit kecemasan

Duit kecemasan biasanya disimpan di tempat yang tersembunyi tidak kira di dalam beg atau di mana mana bahagian badan anda. Jika ingin menggunakan kad bank untuk pengeluaran di luar Negara, anda boleh aktifkannya di ATM sahaja. Jika diberi pilihan antara wang tunai dan kad kredit, wang tunai lebih efekrif kerana tidak semua premis ada menyediakan servis kad kredit terutamanya di kawasan pedalaman.

 

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: