fbpx

Rasa bosan bekerja dari rumah? Muzik bantu tingkatkan mood dan ceriakan emosi semasa Work From Home

Bosan bekerja dari rumah

Mungkin ada diantara anda yang sudah berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan tidak ke pejabat, cuma bekerja dari rumah (work from home – WFH) dalam musim pandemik COVID-19 sekarang ini. Tidak banyak pergerakan kerana berada di tempat yang sama saja dan tidak dapat berbual-bual dengan rakan sekerja pada waktu rehat mungkin menjadikan anda bosan dan stress.

Satu cara mudah yang anda boleh lakukan ketika bekerja dari rumah sendirian ialah dengan mendengar muzik. Anda boleh pilih untuk mendengar lagu-lagu kegemaran, cari saja di Youtube.

Apa kata anda cuba pula mendengarkan alunan muzik instrumental, misalnya muzik-muzik bertemakan motivasi, seperti contoh carian “motivational music” di Youtube dalam tangkap layar di bawah.

Ada berbagai-bagai alunan muzik tanpa vokal yang anda boleh dengari secara percuma dari internet. Bukan saja untuk menaikkan semangat ketika bekerja, ada juga yang sesuai untuk berehat, malah untuk melelapkan mata pun ada.

Muzik telah terbukti dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan mood, dan menceriakan emosi.

 

Kajian pakar membuktikan manfaat muzik

Prof. Dr. Daniel Müllensiefen, seorang pakar psikologi muzik di Goldsmiths College, University of London telah mengetuai suatu kajian yang dibuat secara atas talian dengan 12,000 pencinta muzik dari 12 negara mengambil bahagian.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa dengan mendengar muzik dapat menghilangkan tekanan dan membantu meningkatkan mood anda.

Prof. Dr. Daniel Müllensiefen (foto dari Brandingmag.com)

“Para saintis telah menemui bukti bahawa manusia berkeinginan untuk menikmati muzik serta untuk berkomunikasi antara satu sama lain melalui muzik,” menurut Müllensiefen.

“Ini menjelaskan mengapa muzik adalah bahagian yang ada di mana-mana pengalaman manusia, menyokong teori bahawa muzik mempunyai fungsi penting dan istimewa dalam kehidupan kita,” tambahnya lagi.

Didalam kajiannya juga mendapati kualiti bunyi yang lebih baik dari sistem bunyi dapat membantu mengeluarkan lebih banyak emosi di dalam muzik.

“Bunyi yang berkualiti tinggi ada hubung kait penting kepada emosi positif yang lebih kuat, pengalaman muzik yang lebih kaya serta kegembiraan,” kata Müllensiefen.

 

Gunakan speaker yang bagus untuk mendapatkan bunyi yang berkualiti

Bagi anda yang menggunakan komputer desktop, sudah semestinya anda sudah mempunyai speaker yang diletakkan bersebelahan monitor. Jika anda menggunakan komputer laptop, cubalah tambahkan speaker stereo. Pilihlah speaker yang bagus dan menghasilkan bunyi yang berkualiti.

Komputer desktop dengan speaker (foto dari website Edifier)

Pemilihan speaker yang bagus menjadi perkara penting bagi para penggemar muzik. Speaker yang bagus dapat menghasilkan kualiti bunyi yang penuh dinamik dengan kesan treble yang detail dan bass yang dalam. Dengan bunyi yang berkualiti ini, mood kita dapat dirangsang menjadi lebih baik semasa membuat kerja atau berehat.

Komputer laptop dengan speaker (foto dari PCWorld.com)

Kedudukan speaker juga sangat membantu dalam menghasilkan bunyi yang berkualiti. Cuba anda letakkan speaker anda sedikit berjauhan antara satu sama lain dan tinggikan sedikit supaya menghampiri atau sama paras dengan telinga anda. Kemudian sengetkan sedikit agar kedua-dua speaker menghadap ke arah muka anda.

Jika speaker anda mempunyai lubang angin bass di belakang, jarakkan sedikit speaker anda daripada dinding, lebih kurang satu ke dua kaki daripada dinding.

Setelah anda meletakkan speaker dengan keadaan begini, cuba mainkan satu lagi kegemaran anda. Rasakan perbezaan kualiti bunyi yang terhasil sekarang berbanding dalam kedudukan sebelumnya.

Komputer laptop dengan speaker diletakkan dalam posisi terbaik untuk mendengar muzik.

Bunyi menjadi semakin sedap didengar. Speaker yang bagus boleh menghasilkan bunyi yang berkualiti, manakala kedudukannya yang sesuai boleh membawa gelombang bunyi yang jelas terus masuk ke telinga anda. Sekarang anda boleh bekerja dengan lebih ceria dan mood yang lebih baik.

Cari speaker di Shopee Cari speaker di Lazada

Selamat mencuba!

 

Rujukan:

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *