fbpx

Mudahnya buat Whatsapp broadcast list – alternatif kepada Whatsapp group

Lanjutan daripada perkongsian bertajuk 5 sebab Whatsapp broadcast Lebih Baik daripada Whatsapp group, di sini kami kongsikan cara-cara membuat Whatsapp broadcast list.

1. Buka aplikasi Whatsapp. Tap pada butang menu, kemudian tap pada ‘New broadcast’

2. Skrol, cari nama orang-orang yang hendak dihimpunkan dalam broadcast list dan tap pada nama mereka. Nama yang telah ditap bermaksud telah dipilih.

3. Setelah memilih nama-nama yang hendak dimasukkan ke dalam broadcast list, tap pada simbol ini

4. Pada bila-bila masa yang lain anda boleh tambah ahli ke dalam broadcast list. Nama-nama yang telah dimasukkan akan bertanda ‘Already added’

5. Boleh edit nama broadcast list ini supaya mudah dicari nanti. Setelah create broadcast list mula-mula tadi, tap pada list itu, tap simbol edit dan tukarkan namanya.

    

6. Bila anda ada sesuatu perkara penting yang mahu disampaikan kepada semua ahli dalam broadcast list, cari dan tap pada nama broadcast list anda, kemudian taipkan mesej.

Anda rasa seperti taip mesej di dalam Whatsapp group, tetapi mesej akan sampai kepada setiap individu. Jika mereka membalas mesej anda, misalnya bertanyakan sesuatu, hanya anda seorang saja akan dapat.

Dengan cara ini, orang lain tidak akan terganggu dengan notifikasi balasan-balasan yang mereka rasa tidak perlu mereka baca.

 

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *