Rahsia Teknik Feynman bantu anda belajar lebih cepat & ingat lebih kuat

Cute kid studying book

Sama ada anda seorang pelajar, guru, pensyarah, pegawai kerajaan, pekerja swasta atau apa-apa sahaja peranan anda, semuanya perlukan ilmu dan pengetahuan untuk menjalankan tugas masing-masing.

Untuk mendapatkan sesuatu ilmu itu, kita perlu belajar. Bila belajar, kita tak lari daripada kena baca buku dan bahan bacaan yang berkaitan. Tak semua manusia punyai kemampuan otak yang sama; kalau baca sekali dua saja boleh terus ingat. Ada juga orang yang baca sepuluh kali pun belum tentu boleh ingat.

Bagi mereka yang susah sangat nak mengingat apa yang dipelajari (termasuk saya juga), ada teknik yang boleh kita praktikkan. Saya sendiri guna teknik ini semasa dalam pengajian sarjana di UIAM. Nak fahami topik-topik pengajian, menjawab soalan-soalan peperiksaan, hinggalah menelaah jurnal-jurnal kajian antarabangsa untuk siapkan disertasi, semua jadi lebih mudah.

Nama teknik yang saya maksudkan adalah Teknik Feynman. Diperkenalkan oleh Dr. Richard Feynman, teknik ini mencabar minda dan ingatan kita dalam mempelajari perkara-perkara baru supaya kita dapat mengingat perkara tersebut dengan lebih cepat dan kuat.

Dr. Richard Feynman
Dr. Richard Feynman

Teknik Feynman ini sangat efektif digunakan apabila kita hendak belajar sesuatu topik yang baru, mahu dapatkan kefahaman lebih mendalam tentang sesuatu topik yang kita dah sedia tahu, atau pun untuk para calon yang bakal menghadapi peperiksaan kecil atau besar.

Apa yang anda perlu lakukan, cuma buat 3 langkah seperti berikut.

Langkah 1:

Pilih satu topik yang anda nak fahamkan. Cari material tentangnya dan mulalah belajar tentang topik tersebut sehingga habis.

Langkah 2:

Apabila sudah selesai, ambil beberapa helai kertas. Tulis semula tentang topik yang baru saja dipelajari itu. Lagi bagus jika dapat menulis dan bercakap pada masa yang sama. Buat macam seolah-olah anda sedang mengajar orang lain walaupun ketika tu anda seorang saja di bilik. Ketika ini, anda adalah seorang cikgu yang mengajar diri anda sendiri.

Office stationery, headphones, glasses and paints on green background

Cari Alat Tulis di Shopee

Dengan cara ini, anda boleh kenal pasti bahagian mana dalam topik tersebut yang anda sudah kuasai dan bahagian mana yang belum. Untuk bahagian yang belum, kembali semula ke mod belajar dalam langkah 1. Ulangi langkah ini berulangkali sehinggalah anda dapat terangkan semula topik tersebut dari awal hingga akhir kepada diri anda sendiri dengan lancar.

Langkah 3:

Ulang semula langkah 2 dari awal, tapi kali ini gunakan bahasa biasa yang mudah, atau gunakan gambarajah ringkas untuk terangkan tentang topik tersebut. Jika anda sendiri keliru dan tak faham dengan apa yang anda sendiri terangkan, ini bermakna anda mungkin masih belum berapa faham sangat tentang topik tersebut. Jadi ulang semula proses belajar dalam langkah 1.

Teknik belajar cara Feynman ini adalah sangat efektif kerana ia menekankan tentang kebolehan kita untuk menerangkan sesuatu topik itu secara sendiri dalam bahasa dan bentuk yang mudah. Bila ini dapat dilakukan, bermakna kita sudah berjaya menguasai sesuatu topik tersebut dan mempunyai kefahaman yang mendalam tentangnya. Sekaligus kita berpotensi untuk mengingatnya dalam tempoh masa yang lama.

Anda boleh cuba, try, test, uji, check, dan tengok hasilnya.

Untuk informasi lanjut tentang Teknik Feynman ini, boleh tonton video ini.

 

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *