fbpx

Apa anda perlu buat apabila dapat tarikh dan masa janji temu untuk suntikan vaksin COVID-19?

 

Apa yang perlu dilakukan apabila anda menerima tarikh janji temu vaksin COVID-19?

  • Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
  • Jangan datang terlalu awal atau terlalu lambat ke PPV.
  • Pakai pakaian yang sopan dan sesuai untuk memudahkan pemberian vaksin.

 

Ada apa-apa item yang perlu dibawa?

  • Kad pengenalan.
  • Telefon pintar yang mengandungi akaun aplikasi MySejahtera anda (profil sudah dikemaskini).
  • Jika ada sakit kronik, bawa senarai ubat-ubatan dan rekod perubatan.
  • Jika ada alahan, bawa kad alahan.

 

Bila anda kena tangguhkan vaksinasi?

  • Apabila anda disahkan mengalami jangkitan COVID-19 dan masih dalam tempoh rawatan atau kuarantin.
  • Apabila anda berada dalam tempoh kuarantin COVID-19.
  • Apabila anda baru sahaja menjalani ujian COVID-19 dan masih menunggu keputusan.
  • Apabila anda merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID dan sedang menjalani kuarantin kendiri.
  • Apabila anda tidak sihat seperti demam, batuk, susah bernafas, dan sakit dada.
  • Jika anda ada penyakit kronik yang serius, dapatkan pengesahan kesihatan terlebih dahulu daripada doktor yang merawat anda.

 

Apa hak-hak anda sebagai penerima vaksin?

  • Diberi layanan yang sopan oleh semua petugas sukarelawan dan petugas perubatan di PPV.
  • Mendapat penerangan ringkas berkenaan vaksin yang akan diberikan.
  • Melihat vaksin yang akan disuntik.

 

Apa gejala alahan yang mungkin berlaku selepas disuntik vaksin?

  • Kegatalan.
  • Bengkak pada kulit atau lidah.
  • Kesukaran bernafas.

* Selepas menerima vaksin, anda akan dipantau selama 15 minit, atau 30 minit bagi yang berisiko. Jika anda mengalami gejala alahan, segera maklumkan kepada petugas PPV yang berhampiran.

 

Apa anda perlu lakukan ketika berada di PPV?

  • Pakai pelitup muka dengan betul.
  • Sentiasa jaga jarak fizikal.
  • Sebelum pulang, pastikan anda sudah mendapat kad temujanji vaksin dos kedua.

 

Di mana anda boleh mendaftar vaksin COVID-19?

Layari laman web www.vaksincovid.gov.my untuk maklumat pendaftaran vaksinasi anda.

 

----
Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jom kongsikannya untuk kebaikan orang ramai.

Like & Follow Facebook Konfiden untuk kemaskini perkongsian informasi bermanfaat serta berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *